Cerita Meera

Thursday 5 January 2017

Jodoh dari mimpi solat istikharah

Assalamualaikum,

Jodoh ? ramai di kalangan anak muda zaman kini terutama di kalangan wanita yang berfikir tentang siapa jodoh mereka, bagaimana suami mereka nanti. Tajuk yang ingin dikupaskan ini ada mimpi, ada dikalangan orang tua suatu ketika dahulu bahawa mimpi digigit ular, ia bermaksud akan mendapat jodoh dengan cepat, ia hanya rekaan atau mitos semata mata kerana kita kena percaya bahawa jodoh itu terletak di tangan Allah dan bukan dari gigitan seekor ular. 

Mimpi bertemu seorang lelaki, dan ia sering berlegar legar di mimpi kita, dan apabila ingin bertanya dan membuka mulut,seolah-olah tidak boleh dan ia terus tersedar dari mimpi, dan saya pernah terbaca satu dari petikan ustazah tersohor dan nama nya saya lupa,beliau berkata mungkin ada seseorang yang dalam diamnya mendoakan kita dan solat istikharah untuk kita, dan kalau kita ingin bertemu dengannya, minta petunjuk darinya melalui mimpi itu, bunyinya nampak pelik, tapi itu lah kuasa Solat Istikharah. 

Walaupun kadang terfikir kenapa jodoh itu lambat dan usia semakin meningkat. Itu mungkin Allah SWT sedang merancangkan sesuatu yang lebih baik untuk kita dan kita sebagai umatnya harus banyakkan bersabar dan berdoa. Jangan pula kita percaya tahyul pada ketika dahulu iaitu mandi bunga untuk hilang kan segala malang di badan, haha, ia betul kadang akak tergelak dengan kata-kata orang tua dan kepercayaan mereka. 

 Akhir kata, percaya lah bahawa kita manusia ini hanya boleh merancang dan yang kuasa menentukan segalanya. ☺ Semoga kita diberi jodoh dan pendamping yang baik serta istiqamah dan bertanggungjawab. Ameen, wallahualam.